Friday, January 8, 2010

Makan - Makan at bangsar


satu port baru telah dijumpai...heheh..
mmg best utk lepak2 dan santai2 bersama teman @ keluarga...
pernah dengar CHAWAN tak?
lokasi : jalan telawi 3,bangsar tempat devi's corner dulu ...sekarang berhadapan dengan bangsar village..
now ini adalah tempat port baru untuk bersantai...
i baru tau tempat ni walaupun ia dah officially open June 2008... sebabnya mungkin dah lama tak menjejakkan diri ke bangsar..ahe..


apa yang specialnya Chawan ni..?



1) served 15 types of coffee all over in malaysia...ada kopi kemaman, hang tuah, kluang, kapal api, tenom sabah dan banyak lagi...u can choose either you want it hot, cold or frappe...
frappe adalah sangat mantap...owh i jadi ketagin minum kopi kemaman frappe...huhu.. selain itu ada jugak minuman yang lain...

kemaman and hang tuah frappe..its yummy..!!

2 ) makanan adalah sangat best but a bit pricey...like kopitiam food, ada nasi lemak, roti kukus, keau teaw sup, roti bakar tapi yang bestnya dekat sini ada makanan2 johor spt nasi beriyani, soto ayam yang memang superb , mee bandung yg agak manis, bihun sup, tauhu bakar,rojak buah dan lain-lain lagi...utk makanan ringan ada disediakan ubi rebus, goreng pisang, bubur, keropok lekor dan lain-lain lagi..so instead of lepak kedai mamak , makan roti canai je, kat sini boleh makan makanan tradisi melayu...
my fav soto ayam rm9.90 ..highly recommended

bihun sup ada biasa...better asked for bihun soto...
sampai habis ariq minum ais tacang...

3) tempat yang sangat cozy and relax..food service takde la lama sangat macam kedai melayu biasa tapi tak secepat kedai mamak..banyak kali jugak la nampak celebrity kat sini...tak heran pun..aheh..deco simple but nice...toilet juga bersih...ramai orang kat sini..




4) unique name....kalau org tanya " nak pegi minum mane?'...jom pegi minum kat chawan..yang tak tau sure blurrzz...mmg la minum kat cawan..aheh..pasni bole la letak nama mangkuk , sudip, gelas, kuali & belanga (dah ada)...huhu...senang nak ingat

tapi yang tak best nya....

parking adalah satu masalah besar di bangsar...sapa yang tak sabar, akan fep up untuk mencari parking...huhu..

note: gambar-gambar di ambil pada waktu melepak pagi dan malam....

Wednesday, January 6, 2010

azam 2010


Salam semua...
Syukur kerana masih lagi diberi peluang untuk menulis di dalam belog ini..
masih tak terlambat to wish you happy new year 2010 & 1431H..!!
past is past...keep it as a memory...sebabnye masa yang berlalu tidak akan kembali lagi..
Hope semua dah ada azam tahun baru masing-masing...I spend almost 2 hours before mlm new year to strategize what i want to achieve this year...nanti-nanti i story okey....

Anyway dah lama x update kat belog ini...i will discipline myself at least 3 entry per week...cukup la kan ..huhu...blogging is a theraphy...betul x bloggers?...becoz we can write whatever we think inside our minds...who cares either you like it or not...kita just sharing our experienced so other people can also learn about it...anyway i will focus to write more about health, motivation , foods ( i loike!!), new hobbies n etc...please keep update yeah..!!

until now....see you later..
ffa


Thursday, December 3, 2009

Skills to develop...

Sekarang mood utk membaca buku adalah membuak-buak.... =)


Dalam this year ai dah tercapai my goal utk baca at least 15 buah buku -self development,financial, biz online,health, buku agama ,NLP etc.alhamdulliah...skrang dah baca hampir 19 buah buku aje..irfan khairi baca buku setahun 200 buah buku....

one of the best book yang ai suka adalah Jack Canfield -
How to get from where You Are to Where You Want to Be! ...one of the principle that he had teach and advice to practice is to develop 4 new habits/skills every year..habits/skills yang tak pernah kita buat selama ini..contohnya belajar bahasa asing, menjahit, mengait, berenang,etc...apa2 shaja yang kita rasa teringin nak buat tapi tidak berkesempatan...if setahun dapat 4 skills- then 5 tahun kita dah boleh develop 20 skills pada diri kita...

macam tahun ini, I setkan kene ada blog sendiri....kene buat sendiri for online biz..then i start even I have zero knowledge...
i just need to start the engine n to moved on...kita tak perlu sempurna untuk bermula.so I dptkan sendiri knowledge from other people experienced, find a role model, cari mentor, pegi seminar, baca buku, cari source dlm internet dan banyak lagi.... any skills we can develop..trusts me...apa bende pun mesti ada permulaan...=)...alhamdulliah skrang for my online biz, i dapat order sampai ke Greece..syukur kepadaNya...

this year pun i setkan untuk i belajar buat muffins....so alhamdulliah...jadi jugak...sedap jugak...ada jugak yang puji....thanks...rajin tak rajin jer nak buat..=)

tapi satu bende yang i x sempat nak buat ada utk dapatkan lesen scuba diving....tak sempat...takde masa...hope next year i can get it....nak jugak tengok alam lautan ciptaan yang maha esa.....

4 skills to develop by 2010
1) To become NLP/ hypnosis Practitioner
2) Scuba Divers
3) Belajar buat pastry
4) Belajar menulis ebook/buku
tambahan
* nak jugak belajar tunggang kuda atau belajar memanah....

so whats yours..? jom share same-same....

Monday, November 23, 2009

i love to work out...!!

i like to move it , move it..do you like to move it,move it?......aheh
1 month trial...
hari ni hari ke-5.
meet a lot of new friends that love to work out n also health conscious...
peace n cheers!!!

bersyukur...[mode serious]

Salam semua....

Mulakan hari isnin ini dengan mengucapkan syukur kepadaNya kerana kita masih sihat dan mampu melakukan apa sahaja yang kite rancangkan.....=)
Seorang sahabat menegur saya supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang telah ditentukan olehNya samada kita suka atau tidak ....setiap yang terjadi pasti ada hikmahnya....bila kita bersyukur, hati akan senang dan tenteram....even mat2 salleh pun juga mengamalkan kaedah bersyukur atau dikenali sebgai law of gratitude...



Bila agaknya kita patut bersyukur? Sepatutnya kita kena bersyukur sentiasa. Tapi ramai yang menyatakan, “bukan saya taknak bersyukur tapi kehidupan saya nie belum cukup lagi. Saya masih belum dapat apa yang saya nak, nak syukur macam mana benda belum dapat?”

saya bersyukur:

1) mempunyai keluarga yang bahagia..mak yang sentiasa berdoa untuk anaknya dan juga yang akan masak masakan kegemaran anaknye ketika pulang ke kampung dan abah yang sentiasa mengambil berat ...

3) mempunyai badan yang sihat dan sempurna untuk keluar mencari rezeki dan melakukan ibadah kepadaNya....next time kita jangan merungut kalau kita x puas hati dengan fizikal kita... Nak kurus@ slim kenelah berusaha...=)

4) dikurniakan akal fikiran yang kreatif dan semangat yang kental...=)

5) dipinjamkan sementara harta di dunia ini untuk membantu orang yang memerlukan...

6) menyedari kesilapan diri dan berusaha memperbaikinya

7) mempunyai rakan2 yang sangat supportive dan positif....

8) mempunyai 3 perniagaan yang sedang mula berkembang dan percaya suatu hari ini saya juga boleh menjadi seperti rozita ibrahim, dato' azlina, dato' maznah dan juga tengku rozidar (my idol)...amin..=)

9) kerana berada di Malaysia..negara yang aman dan makmur...tiada peperangan dan kekacauan..

10) kerana masih boleh bernafas pada hari ini .....

alhamdulliah....




Tuesday, November 17, 2009

Silent mode

Byk incident yang berlaku dalam 2/3 minggu ini....
Mood nak berbelog belum datang lagi....huhu..
i'll share with you what had happened to me ..
but life is so wonderfull....but kita tidak akan selamanya berada di muka bumi ini..
saya telah mejumpai apa yang saya rasa "hilang" selama ni...
bersyukur dengan apa yang dikurniakanNya...
Jangan Bersedih....kerana pasti ada hikmah dengan apa yang berlaku...
Saya hanya mampu berdoa kepadaNya utk keadaan kembali seperti biasa..

Monday, October 26, 2009

Cinta ada??



i love this song...

Andai aku buta kan mata
Dapatkah kau mendengarkan jujurnya
Andai engkau tutup telinga
Dapatkah kau melihat keikhlasannya

Aku cinta bukan dibayang mata
Jauh dari bahasa
Dekatkan ertinya
Aku cinta bukannya disengaja
Jauh dari wasangka
Dekatkan hatinya
Memang cinta ada dalam jiwa kita

Andainya cinta itu buta
Dapatkah kau mengubah pesonanya
Andai mengalir air mata
Dapatkah kau membezakan jelingnya


Oh mengapa ada saksi yang tak memahami
Oh mengapa ada saksi yang disalah erti
Oh aku cinta
Oh jauh dari bahasa


Memang cinta ada dalam jiwa kita...

Related Posts with Thumbnails

  © Blogger template 'Morning Drink' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP